Assalammualaikum..
I'm back on track..hahaha...hampun..kembali ke? Kang esok esok malas update.
Ok, Lepas majlis nikah..semua balik rumah mak.
Nasib baik Cik Timah bagi semangkuk tingkat yang Full dengan makanan untuk dibawa pulang.
Kebetulan sepupu sepapat aku sudah sampai yang dari jauh jauh.
Jadi, hidangkan dorang makanan..pastu aku terus sambung tido kat dalam bilik.
Abam...entah..aku dah tak ingat dia kemana masa tu.
Lepas mahgrib, kitorang berbiji biji kereta move ke Kelana Jaya.
Sebab nak tolomg bagai bagai benda yang masih belum siap.
1st sekali nak kena buat..adalah menyiapkan goodie bag untuk tetamu.
Minah kat atas tu feeling sensorang.
selalu sensorang klu bergambar atas pelamin..kahkahkah...
Hahaha..tenaga kerahan berjaya menyiapkan lebih 1000 goodie bag malam tu.
Antara isi dalam goodie bag adalah Coklat Lindt, bahulu , telur rebus, kerepek kerepek.
Ha...memang agak kepenatan sedikit sebab macam macam nak kena tarukkan?
Yang pasti, sepupu sepapat aku memang terbaik.
Semua sanggup kena kerah tenaga.
Sayang korang banyak banyak...
ohya, 500++ untuk family kitorang,
500++ lagi untuk family farah.
Sepupu lelaki aku mengelat.
Tak aciii...sebab semua nak buat kerja senang jer.
Dorang nak melipat penanda buku tu jer.
Alili panggil kertas merah tu penanda buku.
Ha...kan aku cakap, Adik aku ni buat majlis dengan budget.
Bukan mampu nak buat bunga setaman untuk semeja.
So, buat ikut yang termampu.
Buat apa buat majlis grand grand..tapi berhutang.
Masa ni, kitorang dah halau pengantin balik rumah masing masing..
Sebab kesian pulak..kang mata korang jadi mata panda!!
Hai...saya coklat lindt.
Semua dah selamat masuk dalam perut tetamu saya rasa.
Rasa coklat lind ni bagi aku entah...macam biasa jer.
Tapi yang aku tengok kalau jual kat kedai, mak ai..melantak lantak harganya.
Pedulikkan harga nya.
Yang pasti...semua pun dah selamat dah kerja kitorang malam tu.
Aku gerak balik dalam pukul 2am dari dewan.
Sepupu aku & kawan kawan dorang lagi kesian..sebab kena pasang petunjuk arah lepas tu..
Aku yang kengkonon nak terus balik rumah sendiri..tapi terhenti kat rumah mak sebab nak ambil
pelbagai charger & baju yang tak berpakai.
Sudahnya...cousin aku nak tumpang bermalam kat rumah tak berharta kitorang.
Ok...on!! Lepas tu masing masing mengadu kebuluran.
Ya...dorang memang kebuluran.
Sebab kitorang kat dewan mencekik KFC yang bukan di beli di I-City.
Untung la....tapi tetap tak untung.
Dorang dera aku nak makan jauh jauh.
Nasib baik tak mintak makan kat Penang.
Memang mintak penampar lah budak budak tu gamaknya.
Aku memang kena balik rumah dulu.
Sebab aku seharian suntuk tak mandi.
Kakakakaka, siap mintak maaf lagi sapa sapa yang mengada ngada nak dekat dekat dengan aku masa tu.
Padahal...minyak wangi dah setengah botol aku spry kat badan.
Bau wangi ke busuk kan..?
Tapi..aku tetap tak selesa.
Lepas tu..terus otw ke Kg. Baru.
Lebam mata panda ku....o.m.giiiiii...
Lepas makan...nasib baik dorang tak mintak nak lepak kat dataran merdeka ke hapa kan..
terus balik rumah.. dan tido..
**kunci jam pukul 630am. padahal sampai rumah 450am.. puithhh la...aptb!!
tapi best!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan