For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 16 November 2011

Alili dengan babun kecik..Sugar Glider

 Hannnn....Assalammualaikum..Afternoon korang.
Hai...mood bercuti masih dalam fikiran.
Nak type abjad kat blog pun malas.
Tu pasallah, dah 3 lagu aku bubuh kat blog aku kan..
Sederet jer...Mood malas nau lah tu..
Owh ya bebeh..hari tu aku ada jumpa budak Alili kat rumah mak aku.
Mula mula Alili tak datang rumah mak lagi, kerana Mama Alili kerja petang.
Jadi, Aku paksa abang aku hantar budak tu datang rumah mak dengan membawa SG.(sugarglider)
Aku dah la memang nak terlampau tengok SG tu.
Aku ada baca kat blog blog pasal SG ni comel la..apa la...kann?
So, terkedek kedeklah Alili datang dengan abang aku bersama SG.
Ha...bila aku tengok Alili dengan bag porch nya tu...Amboi..
Macam taukeh sudah.
Sekali, dalam porch tulah abang aku isi SG tu rupanya.

Aku tanya Alili apakah nama SG ni?
Terus dia cakap namanya babun.
Hamboi...laju jer letak nama kampung.
Aku tengok kat blog SG ni...nama SG dorang semua felling nama retis & AAmareka.
Alili jer yang sempoi nau panggil Babun.
Terus aku tergelak besar..
Nasib kau lah babun..sebab tuan kau tu Alili.
Kalau aku yang jadi tuan kau...
Confirm aku letak nama ala ala Amareka kan..
Baru best nak panggil..hahahaha..

 SG atau babun ni baru 1 minggu tinggal dengan Alili.
Masih malu malu babun dengan Alili lagi.
Orang kata masih belum mesra alam gitu kan.
Walaubagaimanapun, ketika buat salam perkenalan dengan adik aku,
Nah..rasakan..cakaran dari SG di tangan.
Tak cukup tangan dia cakar, melompat pulak ke badan.
Nasib kau lah dik, siapa suruh kau tak pakai baju..kan.....
Lepas tu Babun alili melompat lompat.
Disebabkan takut melompat keluar, aku terus tutup pintu.
Last last dapat jugak tangkap babun tu.
Haizzz....susuh rupanya nak jinakkan babun Alili tu.
Semalam, Abam tanya pasal babun Alili tu pada aku.
Aku jawaplah, babun Alili tu makan Buah epal yang dibelah empat.
Siap kopek kulit lagi.
Lepas tu abam menerangkan pasal SG pada aku.
Wah...terus aku melompat suka sebab aku ingatkan Abam bercakap macam tu 
sebab nak belikan untuk aku barang seekor dua kan?
Rupanya...hanya nasihat untuk Babun Alili..
Huh..cakap macam nak belikan untuk aku je.
Yang aku bertambah pelik tu, sejak bila pulak Abam tahu pasal binatang tu kan?
Cara permakanan SG, tahap kesihatan...,pelik bukan?
Ha....aku tengah merisik ni....!!!
syyyyhhhhhhh!!!!!hahahaha...

2 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

eh SG tu babun eh...oppss tak baik gelak..ok bai

izzanis berkata...

salam singgah.. :) wah.. bestnye dia dapat SG... comel2..