For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 1 Jun 2011

Made In China

wut wut...Assalamualaikum yaw!!!
Entry riak ke ni kan?
Ish ish...nehi nehi..
Tetiba jer banyak apple kat rumah mak aku.
Maklumlah..bila apple ber jumpa apple semua pakat pakat tayang ahli keluarga.
Gila apple budak budak sekarang ni.
Aku bukan budak ok..!!!

Korang gila apple x?
Maksud aku, diri korang sendiri la..
Tak kan aku pulak.
Sebab aku memang gila..gila main game.
Macam budak budak lah diri aku ni tau.
lagi teruk siap bertarung dengan Abam.
eh..aku ada apple ke?
Buah apple adalah...iphone4 apple aku belum ado..

Korang jangan ingat ini semua famili member yang punya.
Ini termasuk sepupu sepapat aku yang datang joint team apple.
Muak aku tengok dorang install install tau.
Lagi bertambah muak bila ada orang dengan ai pong guna handsfree lepas tu ketawa macam org gila
sedang menggila.
Up muak plus muntah bila aku sembang sembang dengan dorang,
tapi tangan dorang laju jer menggaru kat screen kan.
Aku nang gurammmm...!!!
Aku ni dah macam cakap sorang sorang lepas tu siap tanya..eh ko cakap apa tadi ea?
kadang kadang aku pun sama gak kot..hahaha..
tapi jarang jarang sangat sebab abam lebih banyak pajak dari aku.

Aku bukan nak cerita pasal pakai ai pong ni.
Ini pasal Alili.
Budak tu sekarang dah berusia 5 tahun.
Bijak & sikit sikit nakal.
Aku kalau balik rumah mak atau call mak, mesti tanya alili.
Rindunya...tapi bila dah berjumpa...nyaring suara aku jerit kat dia.
Aku kalau Abam menoreh time aku cuti, macam biasa port rumah mak aku.
Jadi, aku akan tidur kat umah mak, masak & bagai aktiviti kat rumah mak.
Sampai Abam balik.

Satu pagi yang hening, aku tengah ting tong lepas jadi driver,
Aku dengar alili datang rumah mak aku.
Aku tak larat bukak mata kan..jadi aku terdengar perbualan dia dengan adik aku Arul.
"cuba alili baca ABC sampai Z."
Budak tu pun bacalah..aku dengar A sampai L kot yang betul, lepas L terus ke laut dia sebut.
Adik aku tu dah gelak gelak.Aku pun nak joint gelak terus bukak mata.
Lepas tu aku tegur lah cakap..."eh salah la awak baca ABC tu.."
terus dia menagis...aku tanya apsal pulak alili menagis?
"anyah tu..menyibuk aje....acik tak cakap salah pun.."
Aik?aku pulak yang salah?
Lepas tu adik aku sambung..owh..alili salah baca ABC ea...
Jadi no game for today...

owh no..patutlah dia menangis.
Adik aku dah janji nak kasi alili menggaru tepon adik aku ,main game burung marah
Adik aku malas nak sebut dia salah sebab sengaja nak kasi budak alili sebut sampai
ulang ulang banyak kali.
Aku pulak pergi tegur kan..patutlah budak tu marah.
Kalau aku tak tegur, bak kata adik aku..sampai adik aku cakap stop lah dia akan baca ABC
secara suka hati mak bapak alili.
Ha...bagus jugak syarat yang adik aku ajar ni.
Lepas ni aku nak suruh alili mengira dari 1 sampai habis..
wakakakaka...lawak sepah!!!
Mesti dia sanggup punya...demi burung marah!!!

Haiz budak budak zaman sekarang demand lebih kot.
Kalau bagi henpon NORKIAH, tak layan ok.
nak AI PONG jer kot.
Aku dulu masa kecik kecik nak tengok cerita HE-MAN pun susah.
Sebab dulu dulu pakai jenerator. Lepas 6pm baru boleh tengok Tibi..
hahaha titiba jer aku cerita pasal zaman aku kecik pulak..
seterok bebenor la aku ni...ngeh ngeh ngeh..

Episod Duka Lara 2

Assalammualaikum kawan kawan..

Heeeee....:) buat muka ceria today tau..
Walaupun ni kesah duka lara kan kan kan..?

Mari kita sambung cerita pasal Poah.
Sejak aku dengar poah dah nak mendirikan rumahtangga,
Aku tengok poah start kumpul kumpul barang untuk hantaran.
Macam perfume lah, kain la..
So, aku pulak rasa..eh..apasal Amy tak nak masuk meminang aku jugak ea..?
Muntah lah korang kannn..?
Masa Poah & MA di lamun cinta terdengar ura ura company lama aku nk bagi
SRS -(Staff Resign Sendiri) VSS macam tu la..
Aku dengan Sue, memang awal awal lagi pakat pakat tak mahu keje kilang sampai tua.
So, kitorang tak pikir panjang..terus sign surat peberhentian ramai ramai secara suka rela.
Paling best dapat duit..owwwhhh...gila duit jer tau aku ni!!
Form resign boleh di isi selama seminggu dari tarikh yang comp. aku war war kan.
Aku pun mula mula takut gak kalau berhenti kerja ni.
Maklum lah, aku ni masa sekolah nakal,
eh..cakap jer la tak pandai kan..?

Aku tanya Poah, ko nak berhenti keje  tak?
poah lebih diam kan diri dari banyak cakap.
Aku kan keypoh..
Aku tanya gak sekali dua dalam masa 1 week tu.
Namun, biasalah..Poah..diam kan diri.
Lepas tu Poah buat luahan perasaan kat aku.
Poah cakap..dia nak berhenti keje jugak.
Tapiiiiii....MA tak kasi.
Hah..?bulat mata sepet aku sekejap..kakaka..korang kena tipu..
Mana mata sepet boleh bulat kan..?
Apsal pulak?MA takut ko berubah hati ke?
Maklumlah..Poah comel & cute kan..
Aishh..tak la ko ni..MA cakap, kat luar susah nak dapat keje.
Aku terus teringatkan "ulat dalam batu"
Ulat pon rajin cari makanan..dan semestinya ulat kena kerja dulu kan..
MA racun otak Poah mungkin kaw kaw bagi scary pasal dunia luar
yang banyak jobless dari adakan..?

Poah pandai tau.
Cuma kelemahan poah ni less confident.
kena pulak racun dari MA tersayang..lagilah kan?
Ini memang tak boleh nak tolong.
Aku intai intai gak form poah.
Kot kot bersign jadi resign kan..
Tapi masih kosong.Baik aku sambung tido..kot kot mimpi tidur atas duit tercapai kan..ishh masa tu la weii...

Pagi last day hantar form,
Aku ngan kawan kawan seangkatan yang nak resign macam syok syok jer kira kira duit terpijak.
Padahal belum dapat kot masa tu.
Ada yang nak buat down payment kereta la, beli barang kemas la..apa apa tah..
Aku..hurmm...malas nk ingat..sebab duit dah habis :( dah sekarang nih!!
Poah buat muka sedih.
Aku dah dapat agak.mesti poah berhenti.Dia sedih sebab dia akan tinggalkan MA.

Hah ko, masa Manager aku asing asing kan staff resign dengan yang still stay kat situ..
Tup tup aku tengok Poah masuk team yang tak resign.
Wat the Fish...MA berjaya meracun Poah..
So..itu keputusan Poah.
Aku jer yang kaya..& kawan kawan yang gila nak berhenti secara suka rela.
Poah kena teruskan bekerja.Sebab itu pilihan Poah.
Staff staff yang gila kan wang semua kena bagi ceramah.
Kemana nak salurkan duit & habiskan duit..eh

Balik rumah, aku tengok Poah sedih jer.
Aku pulak dapat tahu yang rumah yang bakal aku & famili duduk sudah siap.
Lagi lah seronok kan..?
Poah lagi lah sedih sebab aku kena pindah dulu sebelum dia kawen.
ke aku jer yang perasan kan..?

Eh..ok.ok..nanti petang petang sikit aku sambung cerita last..Duka lara nih..

(*_*) babai...muahhh...